Saturday, September 15, 2007
Sejarah, Visi dan Misi, Barisan Pengetua lalu.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana tiada bangunan sendiri.
Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari 1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada 20 Jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sitiawan, sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, pelajar-pelajar aliran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah ini dipindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
Pada tahun 1975, dua blok bangunan tambahan SMR telah siap dibina dan diduduki pada 1 Januari 1976. Kelas-kelas menengah atas mula dibuka dan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 4 mula dijalankan. Pada tahun 1981, pelajar-pelajar sekolah ini mula diduduki peperiksaan SPM buat kali pertamanya.
Tarikh yang paling bersejarah bagi sekolah ini ialah pada tahun 1983 apabila sekolah ini ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat di bandar Sitiawan pada awal abad ke 20 ini.
Sekolah ini terus berkembang maju sehingga mampu mengadakan kelas Tingkatan 4 Sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 pelajar lelaki dan 555 pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang ko-kurikulum.
VISI SMKTP
Ke Arah Kecemerlangan dan Kegemilangan
MISI SMKTP
“Melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan cemerlang dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah bagi memenuhi aspirasi individu, masyarakat dan negara”.
PIAGAM PELANGGAN SMKTP
Kami para pendidik dan kakitangan sekolah ini bertekad merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pengisian Wawasan Pendidikan dengan:
1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada ibu bapa dan pelajar.
2. Memberi pendidikan, bimbingan dan kemahiran yang berterusan kepada pelajar dengan penuh tanggungjawab.
3. Membentuk pelajar yang beriman dan berakhlak mulia melalui budaya kerja dan iklim sekolah yang enovatif, kreatif dan imaginatif.
PENGETUA-PENGETUA SMKTP
1. En. K. Baskaran( 1965-1980 )
2. En. Ismail b. Zakaria ( 1980-1982 )
3. Tn. Hj. Yusra b. Abdul Haddad ( 1982-1984 )
4. Tn. Hj. Adnan b. Mohammad ( 1984-1987 )
5. Tn. Hj. Samsuddin b. Hj. Abdul Hamid ( 1987-1988 )
6. En Yaacob b. Abdul Hamid ( 1988-1989 )
7. Tn. Hj. Hussain b. Hj. Harun PPT ( 1990-1995 )
8. Tn. Hj. Othman b. Mahmud ( 1996-1.7.1996 )
9. En. Mohd Shukor b. Shariff ( 1996-1997 )
10. Pn. Kasthooribai a/p Ramanathan ( 1997-1998 )
11. En. Sukhdev a/l Jeswant Rai ( 1998-4.9.1998 )
12. En. Ahmad Murad b. Abdul Manaf ( 1998-2001 )
13. Tn. Hj. Mohd Arshad AMP b. Hj, Ghazali ( 2001-2005 )

Lagu Sekolah
Lagu SMK Tok Perdana, Sitiawan, Perak
KE ARAH KECEMERLANGAN SEKOLAHKU
SEKOLAHKU KAU IBU KANDUNGAN
SETIAP DETIK .. SETIAP MASA
USAHA GIGIH UNTUK BERJAYA
KAU CEMERLANG DI DALAM PENDI..DIKAN
KAU CERGAS DI PELBAGAI BIDANG
LAHIRKAN INSAN BERHEMAH TINGGI
INSAN KAMIL ... BERPELAJARAN
C/O
SMK.TP KAU BERADA DI PERSADA NAMAMU KU BANGGA
HARAPAN SEMUA MENJADI NYATA
PERLU USAHA UNTUK BERJAYA
AYOH! WARGA SMK.TP MENUJU KEGEMILANGAN
MENJIWAI .... BERBUDAYA PELAJAR CEMERLANG
SEMOGA …. TUHAN MEMBERKATI……

Lencana
1. Warna biru, merah dan kuning ialah warna bendera kebangsaan.
2. Warna biru melambangkan perpaduan kaum yang menjadi komposisi utama dalam sekolah ini.
3. Warna merah melambangkan keberanian – iaitu murid-muridnya berani menempuh segala halangan dan rintangan untuk mencapai kejayaan. Di samping itu, berani mempertahankan maruah diri serta sekolah daripada tercenar.
4. Warna kuning melambangkan kepatuhan dan sentiasa bersiap sedia. Patuh kepada undang-undang, agama, negara dan peraturan-peraturan sekolah. Bersedia untuk menerima didikan dan pengajaran mematuhi disiplin diri sebagai seorang murid.
5. MOTO – Usaha Untuk Berjaya.
Hanya dengan berusaha sahaja murid-murid akan berjaya dalam kehidupan sebagai seorang insan yang bertanggungjawab kepada masyarakat, agama dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)