Saturday, September 15, 2007

Sejarah, Visi dan Misi, Barisan Pengetua lalu.

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana tiada bangunan sendiri.

Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397 orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari 1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada 20 Jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan pembukaan sekolah ini.

Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sitiawan, sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, pelajar-pelajar aliran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah ini dipindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Pada tahun 1975, dua blok bangunan tambahan SMR telah siap dibina dan diduduki pada 1 Januari 1976. Kelas-kelas menengah atas mula dibuka dan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 4 mula dijalankan. Pada tahun 1981, pelajar-pelajar sekolah ini mula diduduki peperiksaan SPM buat kali pertamanya.

Tarikh yang paling bersejarah bagi sekolah ini ialah pada tahun 1983 apabila sekolah ini ditukarkan namanya daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat di bandar Sitiawan pada awal abad ke 20 ini.

Sekolah ini terus berkembang maju sehingga mampu mengadakan kelas Tingkatan 4 Sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 pelajar lelaki dan 555 pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang ko-kurikulum.


VISI SMKTP
Ke Arah Kecemerlangan dan Kegemilangan



MISI SMKTP
“Melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan cemerlang dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah bagi memenuhi aspirasi individu, masyarakat dan negara”.



PIAGAM PELANGGAN SMKTP

Kami para pendidik dan kakitangan sekolah ini bertekad merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pengisian Wawasan Pendidikan dengan:

1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra kepada ibu bapa dan pelajar.

2. Memberi pendidikan, bimbingan dan kemahiran yang berterusan kepada pelajar dengan penuh tanggungjawab.

3. Membentuk pelajar yang beriman dan berakhlak mulia melalui budaya kerja dan iklim sekolah yang enovatif, kreatif dan imaginatif.



PENGETUA-PENGETUA SMKTP
1. En. K. Baskaran( 1965-1980 )

2. En. Ismail b. Zakaria ( 1980-1982 )

3. Tn. Hj. Yusra b. Abdul Haddad ( 1982-1984 )

4. Tn. Hj. Adnan b. Mohammad ( 1984-1987 )

5. Tn. Hj. Samsuddin b. Hj. Abdul Hamid ( 1987-1988 )

6. En Yaacob b. Abdul Hamid ( 1988-1989 )

7. Tn. Hj. Hussain b. Hj. Harun PPT ( 1990-1995 )

8. Tn. Hj. Othman b. Mahmud ( 1996-1.7.1996 )

9. En. Mohd Shukor b. Shariff ( 1996-1997 )

10. Pn. Kasthooribai a/p Ramanathan ( 1997-1998 )

11. En. Sukhdev a/l Jeswant Rai ( 1998-4.9.1998 )

12. En. Ahmad Murad b. Abdul Manaf ( 1998-2001 )

13. Tn. Hj. Mohd Arshad AMP b. Hj, Ghazali ( 2001-2005 )

2 comments:

jamal said...

salam semua warga SMKTP....
hari ni baru terlintas nak search blog ni....dah lama tinggalkan tok perdana.....rindu...huhuhuhu

bermula pada 1994-kelas 1A1
1995-2A2
1996-3A2
1997-4 SAINS 3 bln je.
pastu pindah sekolah kat port dickson...

senarai cikgu2 time tu yg aku ingat
cikgu arshad-disiplin
puan hjh normalia-sejarah
miss su-yang aku ingat dia j/l shahbandar...
mr dayal singh-sejarah/bi
mr tamodharant-sains...
and byk lagi,tp x bape ingat la..
dulu aku rumah syahbandar and join kadet laut....

kalo ade sape2 yang kenal aku@kawan2 aku dulu, contact aku kat jamaljlj@yahoo.com
-ikhlas dr jamaludin musa-

yusof said...

saya pun bekas pelajar sek. ni antara tahun 1979-82.
dengar berita Cikgu Matematik Cikgu Md.Arshad b. Umar telah meninggal dunia. Al-fatihah